Sweetness
THE SWEETNESS
Dashboard | Follow
Perjalanan 2015
Bismillahirrahmanirrahim.

Apa khabar semua? Dah berhabuk bersawang dah blog ni. Hmm. Bila buka balik blog ni, teringat sekolah menengah. Sebab, time sekolah menengah, selalu jugak lah buka blog ni. Hati teragak agak nak tulis sesuatu. Sebab, kat blog ni, sesiapa je boleh baca. Kang, tersalah tulis, mahu tak kena bahan kat sekolah. Hmm. Rindu sekolah menengah pun ada jugak. Hmm. Cuma, aku rasa, banyak kenangan pahit je kat situ. Nak buat macam mana, salah sendiri yang nak kenangan pahit tu. Terpaksa lah lalui.

K. Nak cerita, Tahun 2015 ni, still study at CFS IIUM, Petaling Jaya. Course Allied Health Science. Dua tahun tau foundation. Sebab tak lepas test BI time mula mula masuk dulu. Hewhew. So, bulan 5 tahun 2016 baru habis foundation, then bulan 9 camtu, masuk degree kat kampus IIUM, Kuantan, Pahang. Sekarang ni, tengah cuti sem, dari bulan 10 haritu, sampai awal bulan 1 ni InsyaAllah. Then, masuk sem3 untuk tahun kedua asasi kat CFS IIUM, PJ. Sekarang ni memang duduk rumah je lah, spend time dengan family, dengan cikgu cikgu PASTI. Hik hik.

K. Nak inform, 12.September.2015 hari tu, Alhamdulillah kakakku (bakal doktor)  yang study kat India tu dah selamat diijabkabulkan. Kakak sulung, tapi anak kedua dalam family. Yang paling sulung sekali, abang, belajar kat UIA, Gombak. Tapi tak pernah pun datang melawat adik yang dekat PJ nih. Hikss. K. Tu puteri pertama, dah selamat. Yang puteri kedua ni, bila lagi? Ngeheheh. InsyaAllah dah habis degree nanti. Doakan lah yang bebaik yer.

Tu je lah setakat ni. Semoga kalian sentiasa dirahmati dan dimurahkan rezeki. Doakan yang bebaik yer. Tataaa ;)

Posted at 9:59 PM | 3 comments

|
Navigation


About Links Entries


Scream here



Credits

Penat-lelah by : Speaking Bunny
Basecode by : Alia L.Joe's
Tutorial : Jaja
Background : Encik Google

quotes for you


Sad Song