Sweetness
THE SWEETNESS
Dashboard | Follow
Rukun dalam Solat
Solat merupakan tiang agama. Solat merupakan amalan pertama yang akan dihisab di akhirat kelak. Jadi, kita wajib menyempurnakan solat kita tidak kira lah solat fardu atau sunat. Seperti yang ramai tahu, rukun solat ada 13 perkara tetapi ramai yang tidak tahu bahawa 13 perkara tersebut juga dibahagi kepada 3 kategori. Apa yang membezakan antara ketiga-tiga kategori adalah dari segi sebutan iaitu

1. Qalbi – Diingat dalam hati 

2. Qauli – Diucap dengan lidah
3. Fi’li – perbuatan

Rukun solat yang 13:
  1. Berdiri bagi yang mampu. [Fi'li]
  2. Niat.[Qalbi]
  3. Takbiratul Ihram (Allahu Akhbar yang pertama). [Qauli]
  4. Membaca surah Al-Fatihah. [Qauli]
  5. Rukuk dengan tama’ninah .[Fi'li]
  6. Iktidal dengan tama’ninah. [Fi'li]
  7. Sujud dengan tama’ninah. [Fi'li]
  8. Duduk di antara dua sujud, dengan tama’ninah. [Fi'li]
  9. Duduk Tasyahhud akhir. [Fi'li]
  10. Membaca bacaan Tasyahhud Akhir. [Qauli]
  11. Selawat kepada Nabi Muhammad s.a.w. dalam Tasyahhud Akhir. [Qauli]
  12. Mengucapkan salam yang pertama. [Qauli]
  13. Tertib [Qalbi]

Dalam ketiga-tiga kategori tersebut, Qalbli dan Fi’li adalah kategori yang selalu orang ikut tetapi Qauli sering dilupakan. Rukun Qauli dalam solat mewajibkan kita untuk membaca bacaan sehingga boleh didengar oleh telinga kita sendiri tidak kira muslimin atau muslimat

5 rukun yang tergolong dalam Rukun Qauli:
  1. Takbiratul ihram
  2. Bacaan Al Fatihah
  3. Tahiyat Akhir
  4. Bacaan selawat di rakaat akhir
  5. Lafaz salam

"Rukun Qauli dalam solat, WAJIB berlafaz sampai didengari oleh telinga sendiri, tak kira lelaki atau wanita. Berbisik, tak sah. Suara angin, tak sah. Baca dalam hati, lagi tak sah. Satu huruf tidak terdengar pun al-Fatihah tu tak sah. Kecuali kita berada di tempat bising atau speaker masjid kuat sangat." - Ustaz Azhar Idrus

Firman Allah s.w.t. :

Katakanlah (wahai Muhammad): "Serulah nama "Allah" atau nama "Ar-Rahman", yang mana sahaja kamu serukan (dari kedua-dua nama itu adalah baik belaka) kerana Allah mempunyai banyak nama-nama yang baik serta mulia". Dan janganlah engkau nyaringkan bacaan doa atau sembahyangmu, juga janganlah engkau perlahankannya, dan gunakanlah sahaja satu cara yang sederhana antara itu.


Oleh itu, marilah kita memperbetul dan sempurnakan solat kita. Penting tau solat ni! Solat ni mempengaruhi kehidupan seharian kita. Kalau solat kita tak betul, hidup kita pun akan jadi tak betul. Jangan sesekali menganggap solat ni susah. Anggaplah solat ni sebagai waktu untuk kita berinteraksi dengan-Nya, sebagai waktu rehat kita. Okey! Wallahu A'lam.


Posted at 5:06 PM | 0 comments

|
Navigation


About Links Entries


Scream here



Credits

Penat-lelah by : Speaking Bunny
Basecode by : Alia L.Joe's
Tutorial : Jaja
Background : Encik Google

quotes for you


Sad Song