Sweetness
THE SWEETNESS
Dashboard | Follow
12/12/12
Bismillahirrahmanirrahim.

Pagi tadi, aku dah melalui ujian JPJ untuk motor buat kali kedua. Hahak. Mula-mula aku datang COTT pukul 7.45 pagi dengan harapan dapat buat latihan kat litar sekejap supaya dapat membiasakan diri dengan suasana pada pagi itu. Alhamdulillah. Hari ini memang hari aku. Hihihihi. Aku dapat buat latihan walaupun sekejap. Thanks God. Kalau test yang kali pertama hari tu, memang pukul 8 lebih aku datang.  Tak dapat nak biasakan diri dengan suasana pada pagi itu. Datang-datang je terus ambil nombor and daftar kat kaunter. Dah lah first time tengok pakcik-2 JPJ ni. Muka pulak macam nak makan orang je. Memang lah orang menggigil menggeletar. Tapi Alhamdulillah. Pagi tadi, pakcik-2 yang bertugas bahagian motor ni, tade lah pulak macam nak makan orang. Tade lah serius semacam je. Senyum lah jugak sikit-sikit. Kan hensem kalau terus senyum je. Kalau pakcik-2 ni sentiasa mengukir senyuman, confirm semua calon lulus ujian. Haha. Alhamdulillah. Pagi tadi tade lah berdebar sangat macam hari first test hari tu. Perasaan berdebar  tu datang sekejap-2 je. Pastu, suasana pagi tadi tenang je. Orang pun tak ramai. Tak kelam kabut. Suasana pagi tadi sangat sangat berbeza dengan hari first test hari tu. 

Okay. Sebelum den mula test, den baca-baca doa dulu. Then, tiba lah masanya untuk aku menempuh halangan satu demi satu. Time lalu bahagian titi tu, aku ingat orang-orang yang tersayang. Bak kata Mawaddah. Hehek. Eden dapat rasa yang doa mereka sentiasa mengiringi perjalanan den pada hari tu. Alhamdulillah. Time tengah test tu, den sonyum yo memanjang. Maybe senyuman itu lah yang membuatkan den yakin boleh menamatkan ujian di garisan penamat. Alhamdulillah syukur. Eden sangat bersyukur kerana Dia telah mengizinkan aku lulus test JPJ pada tarikh yang sangat cantik. Okay. Dah habis lalu semua bahagian, akhirnya tiba juga di garisan penamat. Tak sangka aku dah habis. Rasa macam nak melompat-lompat je kat situ. Tapi kalau nak lompat tu agak-agak la. Tak ke malu orang tengok. Hahaha. Lompat dalam hati cukup la kan. Hehek. 

Okay. Dah dapat result, den pun pulang. Dengan rasa bahagia nya aku naik skuterr balik rumah. Tersonyum yo sepanjang perjalanan. Entah orang nampak ke tak entah aku sonyum sensorang naik motor pulak tuh. Haha. Alhamdulillah. Sampai je rumah, ibu ayah tengok den tersonyum sonyum. Ni gagal ke lulus nih? Haha. Punya lah gembira ibu and ayah apatah lagi wan. Sonyum sampai ke telinga. Kalau mereka sonyum sampai ke telinga, aku lagi lah, senyum sampai melebihi telinga. Haha. Over la tuh. Tinggi sangat hiperbola tuh. Okay. Den masuk je bilik terus text Mawaddah. Dia pun tumpang gembira. Den ingat nak bawa dia jalan-jalan, tapi skuterr tengah sakit lah. Abang den belum bawa ke ‘hospital’ lagi. Huhu. Sedihnya. Tapi den bawa je pergi COTT, pergi tusyen, pergi kedai dalam keadaan skuter yang sakit tu. Kesian nya dia. Hehe. Okay. Actually, den nak text orang tu. Tapi kedit den tak mencukupi untuk text orang tu sebab dia guna Celcom. Tapi tape lah. Nanti kalau den dah beli nombor Celcom, boleh lah den text dia bila-bila. Hik hik. 

Okay. Papepon, den rasa sangat bersyukur kerana den dah tak perlu berurusan dengan COTT lagii mulai hari ini. Alhamdulillah syukur. Next week, den akan jadi pemegang lesen 'P'. Yahooo. Nanti boleh lah bawa my friends jalan-jalan. Ngehehe. Hari ni den sangat lah happy. Thanks kepada sesiapa yang mendoakan kejayaan den pada hari ni. Hanya Dia sahaja yang dapat membalas budi pekerti kalian. Thanks a lot! Hope you guys akan mencapai kejayaan yang diberkati di dunia dan di akhirat. Insya-Allah. Thanks again! Congrates to me too. Ngeheeheh  :D

167473_545872625441068_1977912113_n_large
Tarikh den lulus test JPJ! Very beautiful date! Alhamdulillah :)

Tumblr_mewz7jafhf1rlfb0ko1_500_large
Insya-Allah :) Good Luck For Everything!



Posted at 12:03 AM | 0 comments

|
Navigation


About Links Entries


Scream here



Credits

Penat-lelah by : Speaking Bunny
Basecode by : Alia L.Joe's
Tutorial : Jaja
Background : Encik Google

quotes for you


Sad Song